Sunday, March 16, 2014

BRIDE TO BE (Chapter 4)

Assalamualaikum....yuhuuu...
maapla..lame tak update. busy meh....outstation sebenaqnya, xsempat nak bersosial dengan blog. pegi keje, balik keje, tido...tula rutin tiap2 hari....bosan kan?

ok, chapter bride to be kali ni, aku nak citer pasal tudung & veil.....kalaua korang tengok yang online...pehh..cantik gila, rasa nak tempah kan?tapi tengok harga?hmm...kena fikir sekali lagi kalau nak tempah veil & tudung yang harganya beratus-ratus....ingat, jangan membazir. gunakan sebaik mungkin duit yang ada. jangan ikut kata hati sangat. fikir dulu sebelum amik keputusan. takut lepas kawen nanti langsung takde duit!banyak nak guna duit lepas kawen. ingat!!!

so, aku amik keputusan, aku jahit sendiri veil & tudung. jimat yang teramat sangat!!

untuk kain veil & tudung, aku beli kat kedai kain TEWAH...ok la, berbaloi..lagi murah daripada jakel, kamdar, etc. kalau kedai kain biase2 ni lagila murah. untuk veil, aku pakai kain jenis chiffon yang jarang sket. untuk tudung, aku tak sure jenis kain, tapi tebal sketla sebab taknak jarang. yela, kalau nak buat halfmoon, selalunya lilit kat kepala sekali je kan?so, baik beli yang tak jarang, selamat sketkan?ingat, jaga benda yang wajib, jangan fikir nak cantik je!

veil & tudung aku buat ala2 halfmoon. so, untuk veil aku amik dalam semeter setengah dan tudung 2 meter. harga kain untuk veil RM4.00 semeter sahaja!!! dan harga untuk kain tudung, RM 5.20 semeter!!

dan disebabkan aku xde mesin jahit kat rumah, aku mintak tolong makcik tukang jahit, jahit tepi dan bentuk ala2 halfmoon. then, makcik tu cas RM8. ok, murah.

then, aku beli manik & lace..ok, yang tu korang beli survey sendiri kat mana paling murah. aku beli kat sayangku handicraft kat klang. korang bleh dapat RM3-RM4 sepeket manik. lace tu ikut corajk dan saiz. lagi besar & cantik, lagi mahal la kan...so yang ni kena pandai2 pilih.

lepastu...bermulalah project DIY untuk tudung & veil...

jahitla ikut kreativiti ;)




tunggu hasilnya......ni baru 5% :)

Friday, February 28, 2014

BRIDE TO BE (Chapter 3)

Assalamualaikum..selamat pagi...entri pagi.... ;)

Ok.. kali ni aku nak share petua penjimatan untuk hari bahagia aku. maybe korang pun bleh nak guna idea ni.... simple + murah.


ok... kali ni aku cerita pasal doorgift. kalau tengok kat internet memang banyak bersepah-sepah doorgift yang comey2...geram nengok aihhh..tapi kadang2 bila tengok balik harga kurang berpatutan. so, lebih baik DIY ... cuma korang perlu rajinla... benda bleh dapat lagi murah, lebih baik buat je ye dak?
untuk doorgift, aku nak bagi makanan & etc. dalam paper bag... so nak nampakkan paper bag tu comey sket, aku tempah rubber stamp untuk di'cop' kat paper bag tu.

cost... agak murah.... brown paper bag aku beli kat mydin je lebih kurang RM3.20, 1 bag (100pcs). rasanya kalau korang cari area2 chow kit dapat lagi murah kot...tapi disebabkan aku malas nak pusing2 dah, beli je la kt mydin jln TAR tu....

rubber stamp plak korang bleh tempah je...carila tempat paling murah...tapi aku suggest xpayahla korang tempah kat plaza alam sentral shah alam...gile mahal. dahtu bila bagi design sendiri macam2 alasan diorang bagi, cakap xbleh nak buatla..tulisan halus sangatla, corak halus sangatla...kalau suruh diorang design kene cas RM10 .... yamg aku tengok design lebih kurang je... halus jugak coraknya...saje je kan....


Ok.... lepastu startla project stamping beratus-ratus paper bag.... owh ye, nak bagi lagi cantik, belila doily paper...kalau xsilap xsampai RM3 untuk 250pcs...murah kan....nak lagi comey, buatla reben kat paper bag tu... RM0.90 segulung. cari kat kedai Sayangku Handicraft atau Bunga Reben sebab aku tau kat sini memang sangat murah. nanti aku kasi gambar yang full ok....so jimat kan?daripada korang beli yg dah siap RM0.80 / RM0.90 untuk 1pcs

selamat mencuba!!

Friday, February 21, 2014

BRIDE TO BE (Chapter 2)

Assalamualaikum..selamat pagi....untuk bakal2 pengantin, ini chapter 2 plak. Chapter 1 KLIK SINI . sorryla susunan preparation tunggang terbalik... al-maklumla, aku buat yang mana sempat, yang mana bleh buat dulu & sambil2 ... kalau nak ikut turutan alamatnye banyakla yang tak siap. majlis lebih kurang 3 bulan lagi.... so ada masa, buat je ape yang sempat.

Ok. kali ni aku nak cerita pasal DOKUMEN2 PERKAHWINAN plak. senang cerita aku sebenarnya tak tau pun dokumen apa yang diperlukan, semua abah aku yang setelkan. baik tak abah aku? so, sementara tunggu dia nak pos kat aku al-maklumla keje luar negeri ;P  aku pun pegila klinik kesihatan berdekatan untuk buat ujian saringan HIV. paham-pahamla kalau klinik kerajaan ni... tunggu 2-3 jam belum tentu doktor panggil lagi. lepas kena panggil tu, pegawai perubatan pun checkla segala borang & ic bagai. sekali dia cakap 

" nak nikah kat mana ni?"
"perak"
"hmm... dik, kalau nikah kat perak, diorang ada borang diorang sendiri untuk ujian HIV"
sambil ternganga terpaku terdiam kelu
"abes tu macam mana ni? kena bawak borang tu & buat ujian balik ke....ke cane?
"macam ni, surat pengesahan ni saya simpan, once awak datang, bawak borang tu skali & jumpa saya..saya akan buat pengesahan"
"ooo...ok....tq"

Ok...selesai masalah... tapi kesimpulannya, lain kali tanya orang dulu, jangan pandai2 sendiri.

So, arini aku dah dapat kiriman borang2 daripada abah aku. BAKAL PENGANTIN WAJIB TAHU!!!


- senarai semak permohonan kebenaran berkahwin -



permohonan kebenaran berkahwin -



- borang wakalah / persetujuan wali -



- borang ujian saringan HIV -


so, please take note untuk bakal pengantin  di perak tapi aku rasa negeri lain sama jugak kot

Ok, lepas isi korang pegi hantar balik /  mintak tolong ayah korang ke... hantar kat pejabat agama dekat tempat korang. nanti diorang proses permohonan korang, pastu selamat pengantin barula yekk :)


p/s

bakal pengantin lelaki yang nak menikah ngan bakal pengantin perempuan dari Perak atau nak menikah di Perak, sila gunakan borang HIV dari negeri yang sama. kalau x, permohonan korang ditolak. 


#throwback

Wednesday, February 19, 2014

BRIDE TO BE (Chapter 1)

Assalamualaikum...

wuhuuuu....lama xupdate entri...wahwahwah...bersawang dah belog aku ni...

tersangatla busy... pengantin wanna be....eh#

setelah bincang punya bincang, akhirnya tarikh dah ditetapkan (tapi rahsiala...mana bleh bagitau sekarang). nak dipendekkan cerita...dah nak dekat dah rupanya...OMK!! satu benda pun xprepare lagi...so disebabkan itu aku dah buat beberapa checklist... antaranya : 


  • kursus kawen
  • HIV test
  • dokumen kawen
  • kad kawen
  • baju nikah / kawen
  • tudung /  veil
  • kasut
  • doorgift / bunga telur
  • hantaran
  • makeup
  • photographer
  • pelamin
  • cincin
  • cadar
  • penginapan family
  • guestbook
  • khemah / catering


mungkin ada yang cakap, "mak aiii...banyaknya, macam melampau je..." , "ada yang xperlu pun"

so, ini jawapan aku...  

aku bukan anak vip mahupun vvip. so apa yang aku boleh buat untuk moment sekali seumur hidup aku, aku cuba cut cost..yang mana aku boleh dapat dengan harga murah, aku akan dapatkan. yang mana ada sponsor aku terima je, yang mana aku bleh DIY, aku DIY je ...  so fikir positif, yang mana aku boleh dapatkan balik modal aku beli, aku cuba dapatkan. memang dalam islam ada cakap bersederhana untuk majlis kawen...tapi kalau dah ada orang nak sponsor, aku bleh buat ape?

ok.. xnak cite pasal benda ni....kalau nak cite sampai 7hari 7malam pun xabes.

so untuk persiapan, adalah sket2 aku dah start buat. kene plak aku outstation ke sabah 2 bulan, gila xbuat awal2.... kang aku kawen pakai seluar track ngn tshirt plak...huihui

so, untuk post kali ni aku nak cite pasal tema. setelah berdozen - dozen ok aku tipu majalah pengantin aku beli




setelah berbincang, so aku amik keputusan nak guna tema pink + purple + peach + cream

nah...amik, 4 kaler sekali

to be continued...

Thursday, January 23, 2014

She's Gone...Forever....Hargai Ibu Selagi Ada Hayatnya

She's my mum, she's my fren...she's my everything. dari kecik sampai aku besar aku xpernah berenggang dengan mak aku. ape je yang aku nak pasti dia akan usaha untuk penuhi..

kehilangan seseorang yang paling kita sayang terutama ibu bapa pasti akan kita terasa dalam hidup.bayangkan orang yang sanggup sakit, seksa yang teramat sangat untuk bagi kita melihat dunia ni tiba-tiba hilang dari pandangan mata kita. bukan sehari..bukan seminggu...tapi untuk selamanya. bayangkan tangan yang menyuap kita makan tiada lagi di dunia. bayangkan tangan yang mengusap untuk melegakan kita tiada lagi....tiada lagi rasa kelembutan jari-jemari seorang yang bergelar ibu. tiada lagi teman sehebat ibu, tiada tempat untuk meluah perasaan, berkongsi cerita dan segala-galanya....


mak...adik akan sentiasa ingat kat mak. adik akan sentiasa sayang kat mak sampai bila-bila. hanya doa yang boleh adik bagi untuk mak. semoga mak bahagia disana....semoga mak ditempatkan bersama orang2 yang beriman disana...semoga suatu hari nanti adik dapat jumpa mak balik kat sana. i'm very2 miss you so much mak...thank you for everything...you're a perfect mom i have!mak dah jalankan tanggungjawab sebaiknya untuk didik adik..cuma adik xsempat nak balas semua jasa mak

Al-Fatihah

Thursday, December 5, 2013

Nak Murah, tapi Taknak Tiruan... Nak Cantik!!!

Nah..korang....page paling aku suka..sebab produk2 & baju2 & accessories dier antara paling murah yang aku jumpa kat internet.....serius weyy!!!

tambah2 time2 hujung tahun ni...baik korang gi usha2 barang2 yang ada kat page tu...serius korang xkan rasa menyesal sebab menghabiskan bandwidth internet korang...berbaloi-baloi!!!


FB Page Dhia De' Beauty  like wehhh..like wehhh


Dijamin murah & bukan tiruan (bagi produk kecantikan & kesihatan)






Friday, November 29, 2013

Weekend Hot Story

hadoiihhhh...macam2 citer yang naik kat newsfeed fb aku...tu belum kisah yg aku xfollow...kalau x, xtaula juta2 lemon kisah rakyat malaysia ni. yang mana setakat nak tau kisah ape je, meh aku citer top 5 citer hangat minggu ni

NO.1


Kisah Che Ta & bakal suaminya....hadoiihhh, pening aku...dari surat khabar sampaila blog (termasuk blog akula kot), penuh dengan kisah diorang...pening ah, pening ah macam syuib sepahtu cakap. dari kisah pre wed photoshoot sampaila kisah belanja kawen....macam2 citer..yang latest ada ustazah tegur pasal belanja kawen diorang yang sememangnya aku setuju pendapat ustazah tu. Apa pun, korang2 yang xterlibat dengan kisah diorang ni amik iktibar, dahulukan hukum Allah sebelum hukum manusia. buat apa nampak cantik dimata manusia tapi nampak hodoh dimata Allah ye tak?so, doakan yang terbaik je la..... xperlu kutuk2 mengutuk



NO.2


Kisah che ta xreda lagi, timbul plak kisah si Johan Asari & Lana Nordin plak...1 malaysia terkezut diorang buat. Shila Amzah pun sekali. macam2 spekulasi timbul. lantakla, kalau korang fikir negatif ke, positif ke...biarla korang sorang je yang tau. xperlu sampai up status bagai. mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi


NO.3


pasangan ni pernah menggemparkan malaysia dengan isu kawen muda. pastu tetiba cerai. bagi aku kawen muda bukan isunya sebab sebuah perkahwinan tu kekal bukan sebab diorang kawen muda ke, kawen waktu dah tua ke, sedang2 ke....kalau masing2 matang dalam menguruskan rumahtangga, insyaAllah Allah akan bantu dalam mengekalkan hal rumahtangga kita.

tu yang dok kutuk kaw2 tu dah kawen ke?kalau belum kawen jage2 la....jangan nak jaga tepi kain orang je. yang dah kawen pun sama.... kita xtau ape yang akan jadi masa depan kita



NO.4


ni antara news yang aku baru baca, kisah si kamal adli kecewa ngan fizz fairuz ni pasal penarikan diri dari liga lawak superstar kat tv3. sebelah ni cakap macam ni, sebelah sana cakap lain plak..pandai2 korangla nak fikir




NO.5


...dan ni yang terlatest...mula2 news yang aku baca, pasal kes sorang ni dok komen perniagaan tudung fareeda ni...jual tudung xikut spesifikasi tudung (maksudnya pendekla), pastu berbalas dari pihak fareeda plak.... haihh...entahla....tapi cuba korang cari ayat al-quran berkenaan melabuhkan tudung ni, korang akan jumpa & fikirla secara telus.

tetiba timbul plak ada orang dok komen gambar fizo & adik beradik perempuan dier...




HADOIHHH...PENING ARR...PENING ARRRR!!

and lepas tu, aku terus log off akaun fb aku...bosan......citer retis yang penuh


* gambar aku amik kat beberapa blog....thanks ek




Tuesday, November 19, 2013

PROMOSI GILA-GILA PRODUK DIAN-PIXY

PRODUK 1

Dian'z vitamin C & E

HARGA ASAL :

Dian'z Vita C & E - RM80 SM / RM85 SS

HARGA PROMOSI

Dian'z Vita C & E - RM70 SM / RM75 SS



PRODUK 2

Dian-pixy peel off floral mask

HARGA ASAL :

Dian-pixy peel off floral mask - RM39.90 SM / RM49.90 SS

HARGA PROMOSI

Dian-pixy peel off floral mask - RM35 SM / RM45 SS




* tidak termasuk caj pos RM 6 SM / RM 10 SS

PROMOSI HANYA SAH SEHINGGA 21/11/2013!!!


cepat wehhh...nanti korang menyesal, xdapat harga semurah ni....  KLIK SINI :TESTIMONI DARI ARTIS & BLOGGER POPULAR :)

so, korang bleh contact 0195279187 untuk dapatkan harga ni

Monday, November 18, 2013

Borong Produk Dari Dian Pixy..Giler Murah!!!




salam, kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Dian'z Vita C & E dan Dian-pixy peel off floral mask boleh hubungi 0195279187

HARGA ASAL :

Dian'z Vita C & E - RM80 SM / RM85 SS
Dian-pixy peel off floral mask - RM39.90 SM / RM49.90 SS

HARGA PROMOSI

Dian'z Vita C & E - RM70 SM / RM75 SS
Dian-pixy peel off floral mask - RM35 SM / RM45 SS

* tidak termasuk caj pos RM 6 SM / RM 10 SS

PROMOSI HANYA SAH MINGGU INI SAHAJA (sehingga 21/11/2013)

terima kasih

cepat wehh!!

Thursday, November 14, 2013

1994 - 2014 UPSR

aku xsure sama ada hari ini keluar keputusan UPSR tapi rata2 ramai yang mengucapkan tahniah kat anak masing2 kerana berjaya melepasi satu peringkat untuk ke next step..Alhamdulillah...tahniah adik2 ( dah boleh panggil anak2 dah)  

tapi bila teringat pasal upsr ni....aku pun ada gak kenangan. kalau sekarang bertimbun-timbun yang dapat 5A, dulu brape orang je dalam sekolah yang dapat 5A. aku pun bukanla antara yang dapat 5A...3A2B je.tu pun dah kira abes tererla tu.


ingat lagi masa tu ramai mak ayah datang temankan anak tengok keputusan upsr. aku?forever alone....xde sape temankan....bila senarai keluar, masing2 pun melompat kegembiraan....aku plak xtaula nak gembira ke...sedih ke...xkan nak sedih,benda dah jadi. nak gembira pun, tengok orang lain lagi hebat.


pastu terus gi public phone (budak sekarang pakai enpon je)


aku : hello....mak
mak : brape A?
aku : 3A je
mak : bagus sangatla tu, pandai sangatla tu??!!

panggg!!terus letak gagang...sedih sgt mase tu. orang lain dapat ucapan tahniah, aku kene marah. mak mana yang xkecewa....maapkan ambe mak... ambe banyak sangat main sampai xbuat keje skolah. sampai skolah kene denda sebab xsiap

sampaila tahun2 berikutnya...xpernahnye membanggakan keputusan exam aku. aku tau abah pun kecewa...tapi atas dorongan semangat diorangla, aku bleh sampai ke tahap sekarang ni. kesimpulan, gagal pekse xsemestinya gagal dalam kehidupan...tapi kalau kehidupan pun dah gagal, nak pekse apetah lagi









rase nak meleleh air mata bila tengok mak ngan abah belek2 sijil degree aku....terharu..... sebenarnye mak ayah ni bangga ngan kita, cuma diorang xtau macam mana nak tunjuk kat kita

nak aje aku sambung master,phd...kalau xfikir nak kumpul duit kawen, aku sambung dah.....

ade rezeki, insyaAllah pas kawen sambung